masterwan batik

Sunday 27 February 2011

Talk About Batik

KOTA BAHARU, 29 Mac  -- Kunjungan ke negeri Kelantan tidak akan lengkap jika seseorang tidak mengunjungi Bazaar Buloh Kubu yang mempamerkan produk batik rekaan rakyat Kelantan.
"Saya telah berada di sini lebih daripada dua dekad...perniagaan tidak sebegitu baik seperti dahulu kerana sekarang terlalu banyak batik yang datang dari negara lain," kata Zainab Abu Bakar yang mengusahakan tiga buah kedai batik di kompleks itu.
Peniaga yang berusia 52 tahun itu berkata kedatangan batik dari negara-negara seperti Thailand, Indonesia dan China sedikit sebanyak menjejaskan perusahaan batik tempatan di negeri ini.
Anggaran kasar keluaran batik di Kelantan dalam setahun bernilai RM10 juta. Pengeluar batik yang berdaftar dengan Persatuan Pembatik Melayu Pantai Timur kini seramai 393 anggota, namun yang aktif hanya kira-kira 150 pengusaha.
Antara pengusaha yang paling terkenal di Kelantan ialah Nordin Batik dan Razali Batik di Jalan Pintu Geng dan Samasa Sdn Bhd di Jalan Sultanah Zainab di sini.
Terdapat juga perusahaan batik di daerah lain seperti Pasir Mas dan Bachok, namun kebanyakannya dilakukan dalam skala yang kecil.

SOKONGAN KERAJAAN

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia Kelantan, Zulkifli Mamat berkata walaupun Kelantan terkenal sebagai pusat penghasilan batik dan songket bermutu tinggi namun ia masih belum terkedepan dari segi penjualan produk akhir.
"Walaupun telah ada pengusaha yang mengambil inisiatif sendiri dan ramai di antaranya telah berjaya menjadi usahawan, masih belum ramai pengusaha batik dan songket di Kelantan menjual produk mereka sebagai produk akhir sedangkan mereka mampu menghasilkan produk sedemikian."
"Contohnya, pakaian siap dengan fesyen yang sesuai dengan permintaan semasa yang boleh dijual dengan harga berkali ganda berbanding kain yang belum dijadikan baju," katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri mahu meningkatkan peranan sebagai 'orang tengah', memperkenalkan pengusaha kepada profesional seperti pereka fesyen terkenal demi untuk mempromosi batik dan songket.
Menurutnya, Kelantan akan menggunakan apa saja cara untuk mempromosi produk berkenaan asalkan tidak bercanggah dengan tuntutan Islam.

PERTUNJUKAN FESYEN

"Kita mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak yang berminat untuk mengadakan pertunjukan fesyen pakaian di negeri ini. Kerajaan negeri sendiri bercadang mengadakan pertunjukan fesyen pakaian berasaskan Islam di Kelantan selewat-lewatnya Julai ini," jelasnya.
Zulkifli berkata untuk itu, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak swasta dan beberapa institusi pengajian tinggi awam untuk mengadakan pertunjukan fesyen berasaskan batik dan songket buatan tempatan.
Selain itu, katanya pihaknya juga merancang pergi lebih jauh dengan menyertai pertunjukan fesyen Islam di Vienna, Itali, antara pusat fesyen dunia tersohor, selewat-lewatnya tahun depan.
Pada Okt lepas, Kelantan yang diperintah Pas, parti yang dianggap sesetengah pihak terlalu konservatif, pernah mengadakan pertunjukan fesyen wanita secara tertutup.
Ia hanya terbuka kepada penonton wanita dan pakaian yang diperagakan model-modelnya menutup aurat.
"Kelantan tak pernah halang, malah kita mengalu-alukan jika ada pihak yang ingin adakan pertunjukan fesyen. Mereka boleh datang jumpa saya. Kita boleh bincang bagaimana untuk jadikan Kelantan pusat fesyen Islam bertaraf dunia," katanya.

BATIK TEMPATAN

Hasrat kerajaan negeri itu disambut baik oleh pengusaha batik tempatan, Nordin Mahmood yang merupakan salah seorang pengusaha batik terkenal di sini.
Pemilik Nordin Batik Sdn Bhd yang terletak di pinggir bandar Kota Baharu itu berkata cadangan kerajaan negeri itu umpama 'pucuk dicita, ulam mendatang' dan sememangnya sesuatu yang amat ditunggu-tunggu pengusaha batik tempatan.
"Memang kita setuju sangat jika kerajaan negeri ingin memainkan peranan yang lebih dalam mempromosikan batik dan songket ini. Ini kali pertama saya dengar kerajaan negeri berminat dalam hal ini."
"Sejak dulu, usaha mempromosi batik selalunya kita lakukan secara bersendirian. Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lepas, Pusat Kraftangan di Kuala Lumpur mula mengambil berat dan membantu mengembangkan lagi industri ini," katanya.
Menurut Nordin, beliau kini turut menjengah pasaran luar negara berikutan terdapatnya permintaan produk batik untuk pasaran seperti di Amerika Syarikat, Perancis dan beberapa negara Eropah.

ASPEK PROMOSI

Menyentuh aspek promosi, Nordin berkata beliau sentiasa turut serta dalam pameran di seluruh negara sebagai satu cara mencari pasaran baru atau mempromosikan rekaan atau produk terbaru. Sebanyak 75 peratus produk yang dijual di gudangnya adalah pakaian siap.
"Baru-baru ini saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak yang berminat memasarkan produk batik di negara mereka. Bagaimanapun, saya lebih suka melakukannya dengan berhati-hati kerana tinggi juga risikonya," katanya.
Selain dari corak dan rekaan yang berbeza dari pasaran tempatan, produk untuk pasaran luar juga perlu dilakukan mengikut spesifikasi yang mereka tetapkan.
Jelasnya, industri batik sememangnya kerap mengalami pasang surut, ketika permintaan meningkat, menjanjikan pulangan lumayan namun bila tiada lagi permintaan, banyak pengusaha yang terpaksa gulung tikar.
Industri yang mula bercambah kembali sejak kerajaan memperkenalkan polisi pemakaian batik oleh kakitangan awam pada setiap Sabtu, kini kembali merundum sejak hari Sabtu setiap minggu dijadikan cuti sepenuhnya.
"Memang terasa sekali, terutamanya sejak insan yang paling banyak berjuang untuk menghidupkan semula industri batik, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, telah tiada." "Jualan saya kini merosot sehingga 50 peratus. Tambahan pula, pemakaian batik kini hanya diwajibkan pada setiap 1 dan 15 haribulan setiap bulan. Kadang-kadang tarikh berkenaan (1 dan 15 haribulan) jatuh pada hari minggu."
"Kebanyakan pelanggan saya yang terdiri daripada kakitangan kerajaan memberitahu, dalam tempoh sebulan, hanya sekali sahaja mereka memakai pakaian batik ke pejabat. Malah, ada yang masih terlupa untuk memakai batik pada hari yang ditetapkan," katanya.
Berhubung perkara itu, katanya Persatuan Pembatik Melayu Pantai Timur yang mempunyai 393 anggota berdaftar baru-baru ini telah menghantar satu memorandum kepada Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan pemakaian batik sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi membantu industri batik tempatan.

--Bernama

Foundation Promoting Batik And Songket To Middle East

KUALA TERENGGANU, Jan 16 (Bernama) — After Europe, the Terengganu Entrepreneur Development Foundation is looking to the Middle East to promote batik and songket.
Foundation general manager Azmi Razik said today the idea was to popularise Terengganu batik and songket to the world.
A delegation sent to Spain, Italy and England had received good response, he told reporters after opening the seminar on the marketing of Terengganu batik and songket in Europe here.
Several well known people in the garment industry of the cities that the delegation visited last year expressed interest in using batik and songket in their creations, he said.
“Middle east countries are next,” he said, adding that the state government was encouraging overseas marketing.
The one-day seminar was for the batik and songket entrepreneurs to get information on the market potential of the products in several countries.
–BERNAMA

Batik Malaysia Menongkah Cabaran

Batik Malaysia sekali lagi menghadapi satu cabaran berpunca persepsi individu bagi mencapai agendanya sendiri. Umumnya, rakyat Malaysia yang sayangkan negara sendiri sebagai tanah tumpah darah sepatutnya memiliki rasa menghargai batik tempatan sebagai khazanah seni warisan budaya dan kraftangan yang sudah lama bertapak di negara ini. Penjelmaannya dalam masyarakat tempatan sejak dahulu adala terhasil daripada perkembangan kehalusan budaya dan pemikiran Melayu yang diamalkan dan bermanfaat dari satu generasi ke satu generasi. Ia tidak wujud dalam masa yang singkat. Ia melalui proses masa yang lama, lantaran perlu dipertahankan. Menurut A. Samad Said, khazanah seni kraftangan klasik banyak cerita tentang semangat, budi dan kecegasan mental sesuatu bangsa....bagi setiap keindahan mesti bersebab dan perlu berfungsi betapa sulit pun dihuraikan rahsianya.
Penghasilan batik di Malaysia seharusnya dihayati signifikannya. Sokongan dan penghargaan daripada pelbagai pihak sewajarnya wujud secara spontan di kalangan warga tempatan. Pemahaman tentang ilmu budaya, seni dan kraftangan batik - seni, budi dan daya (menjadi budaya), akal dan kreativiti - di kalangan masyarakat tempatan melalui pendidikan di peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi yang sedia ada sudah mencukupi bagi menyedarkan semua pihak menghayati dan menghargai seni kraftangan batik khususnya.
Corak, teknik, kebolehan, kemahiran, tekun dan kreativiti berupaya menghasilkan batik yang menarik, cantik dan berkualiti. Untuk menghasilkan batik yang cantik dan menawan adalah tertakluk kepada beberapa faktor. Pertama, cost and effect. Hasil batik akan menjadi lebih cantik dan berkualiti sekiranya material yang digunakan baik.  Material yang baik tentu harganya lebih mahal.
Hasil batik yang mempunyai corak dan jalinan pada ruang dan rupa boleh menghasilkan spectacle. Hasil batik yang mencapai tahap ini setentu membawa implikasi harga yang lebih mahal. Berbanding dengan harga pasaran yang mendesak dan persaingan yang hebat tidak akan membantu pengusaha batik sekiranya batik yang dibuat secara teliti dan cantik dijual dengan harga yang murah. Ini akan membawa kepada time and effect.   Walaupun pengusaha batik mengejar kuantiti pengeluaran tetapi kualiti dan identiti batik tetap dipertahankan sebagai kraftangan.
Adalah tidak mudah menghasilkan batik tanpa ilmu dan kemahiran. Seseorang pelukis memerlukan kemahiran yang tinggi dalam melakar corak batik dengan menggunakan canting dan lilin panas. Lilin tersebut akan terus keluar melalui muncung canting bagi menghasilkan corak pada satah kain. Sekiranya ia dilukis dengan menggunakan pen, pensil, atau mana media lain, lebih mudah kerana boleh dipadam sekiranya ada kesilapan.  Corak daripada mencanting tidak boleh dipadam. Kalau tersilap corak itu akan rosak.  Namun pelukis batik terus berjaya menghasilkan lakaran corak batik dengan lancar dan menepati sifat dan unsur seni corak seperti titik garisan, rupa, ruang, warna dan jalinan. Dalam mengaplikasikan corak tersebut ilmu yang patut ada pada pelukis tersebut adalah kemahiran tentang prinsip rekaan, iaitu, penegasan, pengulangan, atau irama, pergerakan, kesatuan, imbangan (semetri/tidak semetri, kontra, kepelbagaian dan harmoni. Inilah yang dikatakan ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh pereka atau pelukis batik.   
Terdapat terlalu banyak batik yang cantik dan menawan dalam pasaran.  Pengeluar atau pengusaha batik yang berdaya saing telah mengkaji dan menghasilkan pelbagai jenis batik bagi memenuhi selera pelanggan. Hasil daripada perkembangan ilmu dengan wujudnya institusi pengajian tinggi awam dan swasta menggalakkan lagi kreativiti Batik Malaysia menghasilkan corak yang dapat memenuhi selera pelanggan. Berbekalkan ilmu pengetahuan, pendedahan dan kreativiti, batik Malaysia mengorak ke hadapan dengan menjelmakan motif, corak dan teknik yang pelbagai. Corak-corak semi-abtrak, abstrak, flora-fauna, geometrikal, organik dan sebagainya dilafazkan dengan teknik melilin seperti mencanting, renjisan, sapuan, cop, celupan dan stensil. Semua teknik ini masih mengekalkan keaslian batik menggunakan lilin yang bertindak sebagai resist, menghalang warna diterapkan pada kain sehingga berjaya menghasilkan corak.
Batik lukis menjadi milik dan kebanggaan semua.  Menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan kesinambungannya dengan pelbagai pendekatan seperti pemakaian batik, sebaran maklumat, bahan promosi dan sokongan moral. Setiap warganegara perlu berfikir dan berpegang kepada jatidiri yang mantap dan berwawasan. Mereka perlu berfikir dan bertindak untuk peluang-peluang yang perlu dibuka dan diterokai pada masa hadapan. Sekiranya pelancong negara lain boleh menghormati dan menyukai batik Malaysia, kenapa tidak kita. Pengalaman Wan Mahtar Wan Salleh sebagai pelukis batik yang telah mempromosikan batik dan kraftangan di luar negara anjuran Tourism Malaysia seperti di Mesir, Kanada, Jepun, Australia, Hong Kong dan Filipina mendapati bahawa batik Malaysia dikagumi oleh masyarakat antarabangsa kerana mempunyai identitinya sendiri. Booth demontrasi batik dikunjungi ramai dan sentiasa mendapat perhatian pengunjung.
Usaha untuk merancakkan perniagaan batik Malaysia terus mendapat sokongan kerajaan melalui agensinya, Kraftangan Malaysia. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Awam, kerajaan telah menetapkan supaya pegawai dan kakitangannya memakai pakaian BATIK pada setiap hari Khamis. Namun pelaksanaannya tidak berkesan kerana penjawat awam memakai pakaian TEKSTIL bukan BATIK. Tekstil ini dicetak dengan corak batik yang ditiru daripada hasil usaha pembatik tempatan. Suatu yang menyedihkan tekstil peniruan corak ini mendapat tempat di kalangan orang tempatan atas sebab murah. Secara tidak disedari kita memberi keuntungan berganda kepada negara pengeksport dan merugikan negara. Pemakaian tekstil inilah yang menyebabkan dan dikatakan JELEK.
Pengusaha batik seharusnya mendapat sokongan daripada semua pihak samada kerajaan, swasta atau individu dengan menyedari bahawa BATIK adalah satu-satunya warisan dan identiti yang perlu disokong dan dikekalkan. Pengusaha juga sewajarnya membuat kajian pasaran secara strategik tentang cara menghasilkan dan memasarkan produk batik secara meluas dan berkesan. Meledakkan pelbagai produk batik dengan corak yang sesuai dengan permintaan dan citarasa semasa khususnya pakaian merupakan usaha yang perlu diberi perhatian dan sokongan oleh semua pihak. Jadikan MALAYSIA sebagai HAB BATIK serantau dan antarabangsa.  

MasterWan Batik

Ayuh raikan kraf Malaysia!

MEMASUKI hari keempat, penganjuran Hari Kraf Kebangsaan 2011 (HKK) membuatkan Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur tidak putus menerima limpahan pengunjung yang terdiri daripada warga Lembah Klang dan pelancong luar negara.
Bertemakan Kraf Penjana Ekonomi, HKK yang berlangsung dari 23 Februari lalu hingga 7 Mac ini menjanjikan pelbagai produk terbaru dan terbaik daripada usahawan kraf seluruh negara.
Sejak dianjurkan pada tahun 2003, jualan HKK sentiasa menunjukkan peningkatan, bukan sahaja daripada jumlah jualan malahan penyertaan usahawan.
Tahun ini, seramai 500 usahawan dalam bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf turut serta dalam HKK. Menurut Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali, pemilihan tema kali ini berdasarkan sumbangan hasil kraf dalam menjana ekonomi negara.
"Selepas sembilan tahun dilaksanakan, penghasilan produk kraf secara komersial dapat menjana pendapatan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara," katanya.
Sepanjang 12 hari HKK diadakan, pelbagai program disediakan untuk pengunjung antaranya jualan kraf, pameran kelengkapan rumah, pameran seni ukiran kayu dalam seni bina, pameran dan jualan produk kraf tekaan baru.
Bagi mereka yang belum pernah mengunjungi HKK, kunjungan kali pertama boleh membuatkan mereka jatuh cinta dengan produk kraf tempatan dan seni warisan negara oleh usahawan yang berkampung di kompleks berkenaan.
Promosi khas
Menambahkan lagi warna-warni di hati pengunjung, dua promosi khas telah dirancang iaitu pameran kelengkapan rumah dan pameran seni ukiran kayu dalam seni bina.
Pameran kelengkapan rumah mempamerkan produk kraf untuk hiasan dalaman termasuk produk set ruang tamu, set meja makan, set bilik tidur dan set perabot taman menggunakan medium kayu, buluh, dan rotan.
Lebih membanggakan ia adalah hasil daripada kreativiti tujuh usahawan yang menghasilkan 22 rekaan produk perabot.
Bersempena HKK, sebanyak 40 produk akan dipamerkan seperti birai, panel dinding, jeriji, tingkap, gerbang, sesiku dan pintu hasil kreativiti 16 orang usahawan dari Pahang.
Sebagai memenuhi cita rasa pengunjung yang pelbagai, penggemar produk atau hiasan kontemporari, jangan terlepas berkunjung ke pameran dan jualan produk kraf rekaan baru.
Pameran itu berkonsepkan retro moden melibatkan tema-tema warna retro yang diterjemahkan dalam rupa bentuk kraf moden kontemporari seperti hadiah korporat, produk hiasan rumah dan pejabat termasuklah fesyen dan aksesori.
Dengan 301 rekaan baru yang dihasilkan melalui penglibatan 101 usahawan kraf, ia antara tarikan utama yang menggamit pengunjung ke tapak HKK.
HKK juga bukanlah sekadar festival untuk jualan dan pameran, malah lebih penting, ia diadakan bertujuan memberi pendidikan secara tidak langsung kepada pengunjung.
Menerusi Pameran Kraf Warisan dan Pendidikan Kraf, pengunjung dapat melihat Pameran bertemakan Teknologi Tradisional Pembuatan Kraf Tekstil.
Di bawah kategori tekstil, pengunjung dapat melihat demonstrasi pembuatan batik seperti batik pelangi, blok, lasem dan canting. Begitu juga dengan kraf tenunan seperti songket, tenun Pahang, pua dan dastar, telepok, tekat benang emas serta sulaman keringkam dan Kerawang.
Tenunan songket
Bagi mereka yang terlibat dalam industri songket ataupun yang meminati seni tenunan songket, mungkin pameran kajian teknik songket oleh Institut Kraf Negara (IKN) dapat menarik perhatian.
Pameran itu mempamerkan kajian songket yang dilaksanakan oleh IKN menggunakan teknik ikat yang meliputi pewarnaan asli dan warna-warni kontemporari.
Demonstrasi Pembuatan Kraf Tenunan yang membawa 10 orang jurudemonstrasi mewakili pelbagai kaum dari empat buah negeri iaitu Sarawak, Pahang, Sabah dan Terengganu serta dari IKN sendiri.
Lebih menarik, HKK turut membuka ruang kepada pengunjung menyaksikan Demonstrasi Pembuatan Tenunan Luar Negara melibatkan penyertaan dari Filipina, Indonesia, Bangladesh, Uzbekistan, China dan Korea.
Kepada peminat hasil kraf, inilah peluangnya untuk mendapatkan hasil kreativiti tempatan yang dihimpun di bawah satu bumbung. Bagi yang baru berjinak-jinak mengenali industri kraf, HKK adalah platform terbaik untuk mengenali keindahan, kesenian, kehalusan dan keistimewaan kraf tempatan sekali gus mendatangkan perasaan cintakan budaya bangsa. - Bernama

Tuesday 22 February 2011

Origins of Indonesian Batik | Batik Indonesia

Indonesian Batik  (Batik Indonesia) has a worldwide recognition.
The word "batik" is Indonesian in origin, even if the concept was known by Egyptians and Indians. It is known to be more than a millenium old, and there are evidences that cloth decorated through some form of resist technique was in use in the early centuries AD in several West African, Middle-Eastern and Asian communities.
The word Batik is originally an Indonesian-Malay word and derives propbably from 'titik' which means to dot .This art of textile is well spread in the hindu and malay world, but Indonesia is certainly the heart of the Batik.This way of painting and coloring on textile cloth has reached its higher degree of excellence in the Island of Java , in cities like Solo, Yogyakarta, Pekalongan or Cirebon. From Java this 'batik' cloth was exported to other islands of the archipelago and to the Malay peninsula
On the 17th century, the Javanese sultanate of Mataram accorded important ceremonial functions to the Batik clothes. Sultan Agung of Mataram is known to have dressed in white cotton decorated with Indigo blue, and his court dancers wore kain kembangan colored with a red organic dye. He could be considered as a pioneer in the usage of the the batik clothes in the Javanese Courts.
During the past two or three centuries batik has become one of the principal means of expression of the spiritual and cultural values of Indonesia, but also this was spread around the Southeast Asia region.

Motif Dan Sejarah Batik Di Malaysia

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Motif Batik
Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
Contoh Motif Organik.
1.Motif Ayam
2.Motif Bunga Buluh
3.Motif Bunga Kerak Nasi
4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Geometrik
9.Motif Pucuk Rebung
10.Motif Rama-rama
11.Motif Siput
Contoh Motif Geometrik.
1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Kotak Bercampur
Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
1.Corak Berdiri
2.Corak Jalur
3.Corak Melintang
4.Corak Menyeluruh
5.Corak Menyerong
6.Corak Tompok-tompok
7.Corak Ulangan Batu-bata
8.Corak Ulangan/Selang seli
Proses Membuat
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
1.Blok penerap
2.Campuran lilin
3.Kain
4.Pencelup
5.Sebuah Meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Penjenisan Kain Batik
Batik terbahagi kepada tiga jenis.
Batik BlokKain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Batik Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Penggunaan
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Sumber dari :Perpustakaan Negara Malaysia http://malaysiana.pnm.my

Panduan Dan Cara Membuat Batik Lukis

Untuk membuat batik, bahan dan peralatan yang diperlukan adalah kain (material) yang diperbuat daripada sutera, kapas dan rayon/fuji (campuran kain polyester), lilin dan rozin, canting, warna (dyestuff), pemati warna dan serbuk soda.
Antara peralatan yang diperlukan adalah canting, pensil, berus, bekas warna, dapur, periuk, pemidang, kuali besar, takungan air, penyidai, meja menggosok, sterika. Canting yang diperbuat daripada tembaga dan pemegangnya diperbuat daripada kayu. Di hujung depannya mempunyai satu saluran  untuk lilin cair keluar bagi mencorakkan kain. Canting dipakai dengan menceduk lilin cair yang panas, bertindak sebagai bahan penutup atau pelindung terhadap redapan warna, atau sempadan mengasingkan warna.
Pensil digunakan untuk melakar dan membuat rekacorak pada kain batik sebelum mencanting. Pelukis akan menghasilkan corak berpandukan lakaran tersebut. Bagi pelukis yang mahir, mereka terus melukis corak lilin pada kain tanpa berpandukan lakaran pensil. Namun, bagi menghasilkan batik lukis dengan menggunakan corak yang sama bagi setiap helai kain, maka terpaksa kain dilakar dahulu dengan lakaran pensil.
Langkah - langkahnya menghasilkan batik adalah seperti berikut :
  1. Langkah pertama
    Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera berbeda-beda. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada. Lebih menyenangkan morif boleh dipilih daripada koleksi MasterWan Batik.
  2. Langkah kedua
    Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar.
  3. Langkah ketiga
    Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya. Ia menj
  4. Langkah keempat
    Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus.  Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas.  Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya.
Akhirnya terhasillah kain batik lukis yang asli dan teserlah keasliannya. Selain daripada batik lukis atau dikenali juga sebagai batik tulis atau batik canting. Nama tersebut terlahir kerana corak yang dihasilkan secara free-hand.  Pembikinan batik cara lain adalah seperti batik cap/cop/blok, batik stensil dan tie and dye. Kesemua batik dengan menggunakan teknik ini dapat dihasilkan oleh MasterWan Batik kami.
BATIK NIG (NEWS - INFO – GUIDE)
BY MASTERWAN BATIK