masterwan batik

Tentang MWB




Batik canting ataupun batik lukis semakin mendapat tempat di hati penggemar batik tempatan mahupun antarabangsa dan ianya mengekalkan ciri-ciri pembuatan batik asli dan tulen. Ketulenannya merupakan satu keunikan khazanah warisan kesenian Melayu yang tidak lapuk ditelan zaman. Penghasilan batik canting/lukis memerlukan ketelitian dan disiplin yang tinggi bagi menghasilkan produk yang menarik dan memenuhi citarasa. Justeru, pereka fesyen luar negara dan tempatan cenderung menggunakan batik lukis dalam menghasilkan rekaan terkini.
Kepelbagaian rekaan kontemporari bermotifkan flora, fauna, abstrak, organik dan grafik berjaya menarik perhatian peminat tempatan dan pelancong asing kerana gaya persembahannya begitu klasik, dinamik, ekspresi dan moden. Dalam usaha menyahut seruan kerajaan mempersadakan ke peringkat antarabangsa MasterWan Batik sebagai pengeluar batik menjalankan perniagaannya dengan visi dan misi yang berdaya saing dalam menguasai pasaran terbuka.
Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh MWB:
  1. Mengeluar, membekal dan menjual helaian kain  batik canting/lukis uang asli dalam pelbagai jenis fabrik dan ukuran.
  2. Mengeluar, membekal dan menjual produk pakaian batik siap seperti baju kurung batik,  pareo, selendang  dan kemeja batik pelbagai fabrik.
  3. Mengeluar, membekal dan menjual produk batik hiasan dalaman rumah dan pejabat seperti  lukisan batik, cenderamata dan pelbagai produk kraftangan.
  4. Menjual pelbagai jenis corak batik terkini.
  5. Menyediakan perkhidmatan latihan kemahiran membatik batik dan seminar keusahawanan batik.